Saturday, November 12, 2011

Teater juta-juta ke Putrajaya nun jauh..



Pada 12/11/11 saya ke Putrajaya yang jauh nun.. kat sana.
Mak ai memang jauh korang boleh tidur apabila berada dalam perjalanan ke sana. Sampai sahaja disana saya terpikir ada ke orang nak datang jauh gila macam ni. kalau saya memang x la.. nasib baik kawan-kawan dan senior saya berlakon,tapi tekaan saya salah apabila masuk sahaja dalam panggung orang tidak berhenti masuk untuk mendapat tempat yang selesa. Hui.. dalam panggung tu rase nak beku je tapi nasib baik ade selendang. ha..berbali pada tadi tujuan saya sememangnya ke sana untuk menonton Teater Juta-Juta buat kali kedua. kali pertama saya menonton TJJ yang dipentaskan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka. Teater yang ditulis sendiri oleh pengarahnya iaitu Fasyali Fadzly membentangkan sekali lagi naskhah beliau dengan adanya sedikit pertukaran dari segi set dan juga gaya lakonan. yang selain itu adalah sama, ala.. nama pun 'restage'. tetapi saya sedikit kecewa dari segi lakonan mereka berbanding dengan TJJ-1. saya juga tertanya-tanya kenapa saya macam tak dapat di dalam sesetengah babak, padahal teater ni memang sangat best walaupun tengok banyak kali.. Saya mencari-cari apa yang membuat saya kecewa dan tidak dapat di dalam sesetengah babak sahaja. bila saya perhatikan dengan lebih dalam saya baru tahu, mungkin pertukaran set yang kurang sesuai bagi saya. Pelakon seperti berjaga-jaga dengan set yang direka dengan cantik tetapi membuatkan ruang semakin sempit. Saya bandingkan dengan TJJ-1 walaupun set yang ringkas tetapi pelakon dan pengarah dapat bergerak dengan bebas.

Walaubagaimanapun, penyampaian lakonan dan naskhahJuta-Juta itu sendiri memberi impak kebanggaan yang tinggi kepada penonton. Saya teramat-amat bangga apabila adanya anak muda yang mempunyai idea yang sehebat ini. Walaupun teater ini miskin tapi ianya kaya dengan isi. Shabas saya ucapkan kepada pengarah Fasyali Fazly, barisan pelakon iaitu Anas Ridzuan, Faleena, aloy dan juga semua team Teater Juta-juta kerana dapat menghasilkan teater sebegini orang masyarakat melihat suara-suara anak muda sekarang.

Sunday, October 23, 2011

Pentas teater yang dirumus :)

Penonton merupakan satu medium di mana persembahan itu diadakan, ruang yang diwujudkan adalah merupakan sesuatu yang ingin disampaikan.
terwujudnya ruang terhasilnya pentas teater.


  • Panggung proscenium yang menggunakan bingkai(proscenium arch) dan dipasangkan tirai pada bingkainya adalah bertujuan untuk memisahkan ruang lakon dari penonton.
  • Selain itu ia juga digunakan untuk menukar set atau membuat apa-apa perubahan diatas pentas tanpa pengetahuan penonton.
  • Jarak ruang lakon dan kedudukan penonton juga memberikan impak kerana ianya membuatkan persembahan menjadi lebih jelas seolah-olah tiada penonton yang melihatnya (fourth wall) penonton duduk di satu arah sahaja.
  • Penggunaan pentas proscenium juga membenarkan setiap aspek kekaguman dipersembahkan tanpa dilihat oleh penonton.
  • Semua kemudahan ini sangat membantu dari segi artistik persembahan dan juga pementasan-pementasan realism.
  • Oleh kerana itu, kebanyakkan pentas yang dibina hingga sekarang adalah bercirikan pentas proscenium.

  • George Mason Universiti di Fairfax, Virginia merupakan Arena Stage Archive yang terbesar dan mempunyai material dari 50 tahun sejarah teater. Antaranya ialah koleksi photograph (gambar), buku nota produksi, buku scrap, playbills, sejarah lisan dan bertulis.
  • Apabila menonton pementasan di pentas arena penonton akan mendapat “feel” dan merasakan seperti involve” (terlibat) dalam aksi yang dipersembahkan. kerana penonton dapat melihat dari semua sudut.
  • arena teater juga tidak memerlukan frame atau pengahadang (barrier) untuk mengasingkan pelakon dari penonton.
  • Arena teater bersifat ekonomik (disebabkan hanya memerlukan bajet yang rendah berbanding stage yang lain
  • Rekaan Lighting menjadi lebih sukar berbanding Proscenium kerana pelakon mesti memperlihatkan diri mereka tanpa menghalang mana-mana penonton yang berdekatan
  • Satu kelebihan arena teater ialah ia mengambil lebih pendekatan dengan penonton berbanding proscenium.

  • Pada tahun 1957 pentas teras telah dibina secara kekal.
  • Pentas teras tidak jauh beza dengan Procenium cuma, pentas teras boleh menonton dari 3 sudut. hadapan, kiri dan kanan.
  • pentas sebegini tidak banyak ada di malaysia. yang popular di Actor's studio.lot 10.

Bandingan dalam pendapat aku

Teater perkataan yang dahulunya tidak diketahui umum pon. Ape itu teater? tak tahu!! Perkembangan teater di Malaysia dilihat semakin berkembang dengan baik. Perbezaan dulu dengan sekarang amat ketara terutama pada aktivis-aktivis teater. Sudah banyak lahirnya aktivis-aktivis teater yang aktif dalam mementaskan teater samada skala kecil mahupun secara berskala besar. Teater-teater yang dipersembahkan ini juga semakin memenuhi ruang-ruang tarikh para peminat teater tempatan. Semakin hari ada sahaja pementasan teater yang dipersembahkan samada ianya dipersembahkan untuk tujuan kegiatan seni, kegiatan akademik mahupun tujuan komersil. ini yang berlaku di Malaysia sekarang.Ini perbandingan teater dulu dan sekarang, kita pergi pula perbandingan Teater juta-juta dan muzikal The secret life of Nora.

..more than once that the theatre of the twentieth century would go in one of the two directions: it would follow Richard Wagner’s example of drama with music toward a predominantly sensuous ‘total theatre’, or it would fall into line w
ith the ‘drama of thought’, which had acquired its most striking modern forms from Ibsen himself, Pirandello and Brecht” (Bernard Shawn)

Apa yang saya faham jumlah teater sekarang begitu popular dipentaskan dalam skala besar-besaran. Pementasan ini mengabungkan lakonan, tarian, nyanyian dan segala bentuk persembahan yang melibatkan persembahan secara terus kepada penonton. "Richard Wagner' adalah orang pertama yang melopori persembahan berbentuk muzikal dan arah sebalik nya teater miskin yang dipentaskan berskala kecil.

pensyarah Sinografi saya nak pendapat dari sudut sinografi dalam kedua-dua teater tadi.dimana kita tahu The Secret life of nora teater yang besar berbanding dengan teater juta-juta yang berskala sangat kecil.Perbezaan kedua-dua teater ini amat ketara dari segi set.

dari segi teknikalnya, SLON penataan artistik sangat dibanggakan bak kata orang-orang yang tidak ade duit 'memangla bangga, nama artis senang dapat sponsor' tetapi ini sukar untuk production kecil seperti TJJ yang tidak ada nama untuk membuat set sebesar kapal Titanic. Tetapi sebagai seorang pelajar yang baru je belajar dalam bidang ni saya akan menitik beratkan jalan cerita dan penyampaian mesej.Walaubagaimanapun set adalah penting untuk membantu pementasan menjadi menarik. Dalam sudut sinografi SLOF memberi impak kepada penonton untuk tidak menutup mata melihat kekaguman yang dilakukan di atas pentas.Terutamanya susunan set yang inovatif, kostum yang begitu glamorous. lampunya yang menggunakan intelligent light. ditambah lagi dengan aksi-aksi stunt untuk mengagumkan penonton.

sebaliknya berlaku pada TJJ yang hanya dipentaskan di ruang yang kecil. kesemua elemen harus dikecilkan mengikut ruang yang diberi. tetapi apa yang diajar oleh en fifi, seorang sinografer harus bijak dan kreatif walau dimana sahaja ruang yang diberi untuk penonton tidak melihat kelemahan teknikal walaupun diruang yang kecil. Apa yang menarik TJJ ini ialah idea!.Mungkin disebbbkan limitasi wang dan kecangihan ruang pentas mereka tetap berjaya dimata saya. walaubagaimanapun saya tetap anggap sinografer TJJ kreatif apabila saya tidak melihat kelemahan penataan artistik sepanjang persembahan berlansung. Set yang tidak ade keluar masuk pentas digunakan dengan bijak mengikut situasi. pertukaran watak pula tidak menggunakan kostum yang glamour bahkan sekadar menyarung untuk menyimbolkan pertukaran watak.

'Jerzy Grotowski' pernah berkata lebih kurang begini.. buat teater miskin supaya pelakon dan pengarah bertanggungjawab seratus peratus terhadap pementasan. maknaya tidak dibantu dengan kemudahan pentas, unsur kekaguman set props dan sebagainya.




Saturday, October 8, 2011

Review Teater juta-juta



Sinopsis:
Mengisahkan mengenai perjalanan seni tiga orang kawan baik yang bercadang mementaskan di sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni. Mereka membuat sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan banyak pihak. Walaubagaimanapun, perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang disangka.

Sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu. Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain


Review:
Tajuk teater juta-juta sudah mengambarkan teater ini bukan teater yang biasa kita tonton dan jangkaan itu tepat. saya berada di luar Stor DBP seawal jam 8.00 malam ternyata terkejut dengan sambutan orang ramai terhadap teater yang di arahkan oleh bekas pelajar FACT iaitu Fasyali Fadly. ternyata orang ramai masih dahagakan teater kecil yang memberikan kepuasan lebih dari lambakkan teater skala besar di sekitar Kuala Lumpur.

Teater yang ini bermula dengan watak produser yang sedang membentangkan idea dan hasrat mereka untuk mementaskan teater di Keraton (nama pentas terunggul di Malaysia). Di susuli pula dengan beberapa monolog, plot cerita ini agak kucar-kacir seperti mana yang telah di sebut sendiri dalam satu dialog mereka. tapi kekemasan cerita ini di tonjolkan melalui dialog serta idea pengarah yang telah diterjemahkan oleh pelakon-pelakonnya iaitu Aloy paradoks, Fazleena Hisyamudin dan Anas Ridzuan membuatkan cerita ini dapat di nikmati oleh penonton yang hadir. selain itu, cara pembentangan yang di lakukan oleh pelakon membuatkan komunikasi antara pelakon dan penonton lebih menarik dan penonton seakan-akan sedang berada bersama dalam pementasan itu. pelakon juga menjadi nadi kepada pergerakan set, penyeliaan kostum serta mereka juga adalah pelakon dalam cerita ini membuatkan ianya kelihatan lebih menarik.


Dalam aspek lakonan 3 orang pelakon ini sangat dikagumi kerana dengan kelantangan, jelas dan kata-kata yang cermat disusun dengan tepat. Walaupun perkara yang disampaikan kurang menyenangkan bagi sesetengah pihak tetapi bila ditelan ianya sungguh enak. Sebagai pelakon yang baik lontaran skrip haruslah jelas penyampaiannya agar penonton faham dengan lebih tepat. Apabila mereka mula berdialog, penonton seakan berada bersama-sama di dalam situasi kerana nada mereka berjalan seiring dengan perasaan.

Menurut buku Voice & Speech in the Teatre ( J.Clifford Turner)

'menyatakan artikulasi bermaksud hubungan antara nada dan perasaan. pemikiran dan perasaan juga perlu digabungkan untuk menjadi satu. apabila gabungan ini wujud terhasilnya emosi dalaman'.

Dari sudut sinografinya, saya menganggap set teater ini lebih kepada presentational. ini kerana didalam presentational,penonton harus memberi sepenuh penumpuan tentang apa yang berlaku di atas pentas dan perlu mengikuti jalan cerita. Ini adalah kerana presentational tidak mengunakan set yang realistik. Mereka mungkin menggambarkan abstrak, seperti watak non-realistik dalam karya lama seperti Everyman atau good deed.

menurut Moises Kaufman(penulis dan pengarah teater serta pengarah bagi HBO film production bagi filem The Laramie Project):

"In presentational theatre these changes are done throughout a play to challenge the audience to remember that they are active participants in the production of a play. As "viewers" of the play they must use their imagination to assist the actors in creating the full scene. So, a doorway represents a house, a chair represents a living room'"

Bagi saya ia sudah menjadi kebiasaan bagi teater yang berstatus miskin atau tidak mempunyai bajet untuk mereka bekarya sesuai dengan apa yang ada tetapi tidak menolak nilai-nilai estetik yang ada. Malah dengan bajet yang begini mereka mampu mengeluarkan idea-idea yang baik. Kadang-kadang pentas kosong (empty space) dan hanya yang ada adalah pelakon yang sedang melakukan perbuatan aksi berdasarkan imaginasi mereka dan penonton yang menerima imaginasi itu.

Kesimpulan Teater juta juta memberi berjuta-juta makna, subteks dan ideologi walaupun bermodalkan syiling.

Permulaan blog yang aneh bagi subjek sinografi :)



ini gambaran saya '_'
Ini adalah blog untuk subjek sinografi yang aku sedang diri ku duduki.
saya diberi nama Nurafiqah binti Mohd Seth
oleh ibu dan ayah
No Matrik yang diberi UiTM 2010148093